Wednesday, 10 July 2013

Bonsai

1 comment:

  1. Bulan Ramadhan banyak perkara yang tidak kita sangka-sangka akan berlaku. Oleh kerana kemulian bulan ini banyak perkara akan dipermudahkan oleh Allah. Sebagai contohnya situasi ini berlaku pada diri saya sendiri. Semalam selepas terawih saya pulang ke rumah untuk melihat koleksi bonsai saya. Ada sepohon bonsai bebuas yang unik bentuknya maka terlintas di fikiran saya untuk meminta sahabat/sifu saya Mat Yie atau Bohori supaya melukis lakaran untuk bonsai saya itu, oleh kerana dah lewat malam maka saya pendamkan sahaja hasrat saya itu, dan terus cuba melelatkan mata. Apabila masuk bilik mata tidak mahu lena oleh itu saya bangun semula dan mengadap PC dan bukan FB Persatuan Seniman Bonsai Malaysia, alangkah terkejutnya saya bahawa sifu saya saudara Mat Yie telah membuat lakaran untuk bonsai saya itu.... Inilah dinamakan keajaiban dan kemuliaan di bulan ramadhan. Tersirat disini ialah di bulan mulia ini kita seharus berniat baik ke atas semua perkara kerana Tuhan akan anugerah perkara yang kita hajati tanpa kita sangka maka betulkanlah niat kita takut-takut ada niat buruk akan Allah tunaikan niaya kita nanti...

    ReplyDelete